KOTA KINABALU: Musim kemarau di Sabah susulan fenomena El Nino yang melanda sejak dua bulan lalu diramal berterusan hingga Mei ini, berbanding jangkaan awal yang meletakkan sasaran awal bulan depan.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Malik Tussin, berkata ramalan terbaru itu dibuat selepas penyelidikan pihaknya mendapati tiada petunjuk hujan di Sabah dalam tempoh terdekat ini.
Katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam, mereka meramalkan hujan renyai di beberapa kawasan tetapi ia cuma berlaku sekali-sekala sehingga pertengahan Mei ini. Mengenai keadaan berjerebu yang dikesan semakin teruk melanda ibu negeri dan beberapa daerah seperti Beaufort, Papar dan Tuaran, beliau berkata, ia dipercayai berpunca daripada kebakaran di beberapa daerah yang kemudian disebar menerusi angin timur laut.
Katanya, ia bukan dari negara jiran kerana angin barat daya bertiup lemah dan tidak berupaya menyebarkan asap sekiranya berlaku kebakaran di negara jiran.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khiruddin Drahman, berkata kebakaran ladang seluas lebih 100 hektar di Beaufort dan Sipitang sejak empat hari lalu dikesan sebagai punca jerebu tebal yang menyelubungi bandar raya ini.
Ketika ini, katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Beaufort serta Sipitang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dalam usaha memastikan keadaan dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh terdekat supaya tidak menjadi lebih buruk.
Katanya, sejak empat hari lalu, mereka menerima kira-kira 900 panggilan kecemasan kes kebakaran besar dan kecil di pelbagai lokasi membabitkan bukit, sawah dan ladang.Ini adalah perkembangan biasa setiap kali kemarau melanda dan mereka akan cuba berada di setiap lokasi supaya kemusnahan akibat kebakaran dapat diminimumkan.
Katanya, sejak empat hari lalu, mereka menerima kira-kira 900 panggilan kecemasan kes kebakaran besar dan kecil di pelbagai lokasi membabitkan bukit, sawah dan ladang.Ini adalah perkembangan biasa setiap kali kemarau melanda dan mereka akan cuba berada di setiap lokasi supaya kemusnahan akibat kebakaran dapat diminimumkan.
Mengenai bekalan air bagi tugas memadam kebakaran, Khiruddin berkata, jabatan itu mempunyai stok mencukupi walaupun dalam keadaan Sabah dilanda kemarau ketika ini.
Berita ini disunting daripada sumber: Berita Harian


0 comments:
Post a Comment