Persekitaran atau asuhan? Tiada siapa yang mahu ketagih dadah. Penagih bukannya sengaja menagih dadah semata-mata untuk memusnahkan kehidupan sendiri dan menyakitkan hati orang yang menyayangi mereka. Malangnya masyarakat sering memandang serong terhadap mereka, dan berpendapat mereka yang patut disalahkan kerana ketagihan mereka itu, walhal mereka boleh berhenti jika mereka benar-benar mahu.Masyarakat pada umumnya menanam perasaan bimbang dalam diri mereka terhadap perkataan 'penagih' dan apabila menghadapi golongan penagih, orang ramai lebih suka 'buat-buat tak nampak' dan menuju ke arah lain.
Berbeza daripada pandangan tersebut, ketagihan kepada bahan seperti dadah, alkohol atau nikotin (dari tembakau) bukan berpunca daripada keazaman yang lemah atau akhlak yang kurang baik. Ahli sains telah mengkaji individu yang menagih dadah dan mendapati bahawa fungsi otak mereka terjejas akibat dadah yang diambil.
Merawat Masalah Ketagihan
Menyedari bahawa ketagihan berpunca daripada ciri fisiologi dan juga persekitaran, kaedah rawatan paling berkesan ialah pendekatan serampang dua mata yang menangani keperluan atau ketagihan fizikal dan juga keperluan psikologi dan emosi penagih.
Walaupun orang ramai sudah biasa dengan kaedah pemulihan ketagihan, iaitu seseorang penagih dimasukkan ke sebuah institusi perubatan sepanjang rawatan, terdapat satu lagi pilihan rawatan yang dikenali sebagai terapi penggantian dadah (DST) di mana penagih dirawat dengan ubat untuk mengurangkan keinginan tetapi tanpa perasaan amat gembira (euforia) yang dikaitkan dengan penggunaan dadah sebenar.
Dengan cara ini, kebergantungan otak kepada kesan dadah akan berkurangan sehinggalah pesakit berkenaan boleh mengelakkan diri sama sekali daripada menggunakan dadah. Ada dua jenis DST yang boleh digunakan :

0 comments:
Post a Comment