Masalah Telefon Bimbit
Penggunaan telefon bimbit di Malaysia begitu meluas, sama ada dalamkalangan orang dewasa atau remaja sekolah. Anda sebagai pegawai syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia telah diundang oleh pihak
sekolah untuk menyampaikan ceramah tentang penggunaan telefon bimbit kepada pelajar sekolah dan ibu bapa.
Telefon berasal daripada bahasa Greek (tele = jauh danphone = suara) dan merupakan alat telekomunikasi yang digunakan bagimemancar dan menerima bunyi pada jarak jauh tanpa terikat dan secara
bebas. Kejayaan Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1876,telah membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubung antara satu denganain walaupun berjauhan. Namun demikian, teknologi telekomunikasi masihmengalami perubahan mendadak dan berkembang dengan pesat, inovasinya
dibaharui oleh generasi kemudian sehingga membolehkan manusia di bumi berhubung dengan manusia lain tanpa bantuan kabel melalui telefon bimbit.
Bagi ramai orang, telefon bimbit ialah keperluan paling utama.
Alat ini akan dibawa ke mana-mana sahaja di dalam saku, sama ada satu atau dua unit supaya mudah berhubung. Banyak syarikat yang telah ditubuhkan untuk menawarkan perkhidmatan talian telefon di Malaysia.
Antaranya ialah DIGI, CELCOM, MAXIS dan TELEKOM (yang baru menukarkan nama syarikat ke TM).
Walaupun telefon bimbit membawa banyak kebaikan ke dalam hidup kita, tetapi terdapat juga kesan negatif dalam pengunaantelefon bimbit. Menurut laporan dalam Berita Harian 16/10/2004, di
Stockholm, Laporan kajian yang disiarkan oleh jurnal antarabangsa Epidemiology, mereka yang menggunakan telefon bimbit sekurang-kurangnya sejak 10 tahun lalu mungkin mengalami risiko mendapati ketumbuhan otak
yang unik. Banyak eksperimen juga dibuat yang menunjukkan radiasi antara dua buah telefon bimbit di
kedua-dua belah sebiji telur boleh memasak telur tersebut. Terdapat juga kes lain yang hampir sama. Dua
kajian terbaru di London mendapati semakin ramai orang yang ketagihan telefon bimbit sehingga menyebabkan mereka menjadi lebih tertekan dan mudah marah. Kajian pakar psikologi Britain itu mendakwa mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit atau enggan menggunakan lagi alat itu
sebaliknya mencatat paras tekanan darah rendah, laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. Telefon bimbit yang menggunakan antena dalaman menghasilkan kadar radiasi yang tinggi. Radiasi tersebut
merosakkan DNA, menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak. Didapati kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun yang menggunakan telefon bimbit secara berlebihan akan mengalami masalah ketumbuhan pada
telinga dan otak.
0 comments:
Post a Comment