Ads 468x60px

Pages

Harga Minyak Naik Lagi 2010 & 2015 Sebanyak

harga minyak naik3 Harga Minyak Naik Lagi 2010 & 2015 Sebanyak

Macam-macam usaha yang kerajaan lakukan untuk mengurangkan subsidi kerajaan yang semakin meningkat. Kalau sebelum ini, kerajaan Malaysia ingin melaksanakan cadangan 2 harga minyak pada bulan Mei ini sepatutnya tetapi tidak diteruskan selepas mendengar pandangan pelbagai pihak tentang pro dan kontranya. Terbaru, dikatakan harga minyak naik lagi sebanyak 15 sen bagi setiap liter daripada harga minyak yang ada sekarang ini untuk tahun 2010
Nilai kenaikan 15 sen itu hanya permulaan sahaja bagi tahun ini. Kalau ikut pada harga petrol RON 95 sekarang dijual pada harga RM1.80 bagi setiap liter. Cadangan kenaikan harga minyak ini datang daripada sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi minyak
Cadangan harga minyak petrol itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini berada dalam situasi yang membimbangkan iaitu sejumlah RM362 billion.
Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat, harga minyak petrol akan naik lagi sebanyak 2 kali pada kadar 20 sen seliter bagi  setiap kenaikkan untuk tahun 2011. Manakala, sepanjang tahun 2013-2015, kenaikan harga minyak akan bergerak perlahan. Pada penghujung  2015, dijangka harga minyak petrol RON95 berada pada  RM2.60 bagi setiap liter.
Cadangan penstrukturan harga minyak bagi mengurangkan subsidi minyak :
  • Tahun 2010 : Harga minyak naik 15  sen (1 kali)
  • Tahun 2011 : Harga minyak naik 20 sen (2 kali)
  • Tahun 2012 :  Harga minyak RON95 (RM2.20 per liter)
  • Tahun 2013 :  Harga minyak RON95 (RM2.34 per liter)
  • Tahun 2014 :  Harga minyak RON95 (RM2.52 per liter)
  • Tahun 2015 : Harga minyak pada paras RM2.60 seliter
Walaubagaimanapun, cadangan kenaikan harga minyak seperti di atas ini masih belum diluluskan kerajaan Malaysia. Dijangkakan harga minyak mentah dunia berada sekitar  US$73.06 pada tahun 2011 bagi setiap tong  dan harga minyak mentah dunia berada pada paras US$79.41-$94.52 bagi tahun 2013-2015.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...