Kalau dahulu timbulnya isu remaja Melayu yang minum arak tanpa segan silu apabila tibanya tahun baru, malam merdeka. Cuba lihat besoknya. Bergelimpangan botol-botol arak. Bukan sahaja pada masa itu sahaja, mereka meneguk air syaitan tak ikut masa tapi perayaan sebenar mereka pada masa-masa sambutan seperti itulah. Isu-isu seperti ini sebenarnya bermusim, panas sekejap, kemudian terus lenyap.
Masalah sosial di Malaysia akan terus bernanah Tetapi kalau ikutkan ini hanya sekelumit kisah disebalik masalah sosial di Malaysia yang semakin kronik daripada hari ke hari. Tetapi…
..
..
Tetapi disebabkan bermulanya araklah datang pula masalah sosial yang lain malahan juga jenayah pembunuhan mahupun penzinaan. Senang cakap di sini. Arak adalah punca segala maksiat. Apa yang nak dihairankan? Tiada duit, mereka curi botol arak di pasar raya semata-mata untuk memuaskan keinginan haram mereka. Asalkan dapat hilangkan gian.
Dah rasa arak jenis Stout nak merasa pula minuman keras berjenama ekslusif yang berharga mahal. Yang penting, hati mereka senang, fikiran melayang entah ke mana……….Tetapi apa natijahnya?
Kalau bosan-bosan pula, berbekalkan setin gam kayu yang dikongsi secara beramai-ramai, mereka khayal dalam dunia tersendiri sehingga tak pedulikan lagi keselamatan diri. Terbaring di tengah jalan raya kerana sudah high. Budak-budak hingusan lagi tu…..
Dengan kos hidup yang semakin tinggi, trend mak bapak sekarang, kedua-duanya pergi kerja. Nak fight dengan living cost yang menekan. Siapa yang nak monitar budak-budak ini? Dapat pulak anak yang “aktif”…..Itu belum masuk lagi kes anak murid lempang cikgu. Budak 13 tahun rogol budak 8 tahun. Budak 10 tahun pergi rompak rumah orang. VCD lucah jadi aktiviti masa lapang sekeluarga, anak saman bapak sebab tak bagi kahwin dengan penagih dadah. Macam-macam……
Akhirnya “kiblat” kita ke mana? Apa halatuju kita dalam mendidik anak-anak? Masalah sosial di Malaysia makin menjadi-jadi.
Kalau ikut kata Mat Saleh, mereka selalu cakap begini :
Kalau ikut kata Mat Saleh, mereka selalu cakap begini :
“Babies dont come with an instruction manual”. Tetapi itu kata mat saleh. Kita nak ikut cara mereka ker?
Niat dihati nak membantu dan menegur sebagai menunjukkan tanda sayang kita kepada anak-anak jiran kita. Kalau dahulu, satu-satu komuniti kenal antara satu sama lain.
“Kau dan kau adalah KITA”
Sekarang? Sekarang, kalau silap tegur anak orang walaupun dah terang-terang anaknya buat silap, memang kena marah semula. Tak pun kena baling dengan pinggan atau batang penyapu (Contoh ye…).
“Kau, kau dan aku, aku. Jangan menyibuk. Pergi jaga anak kau dulu….”
Dalam sudut yang lain pula…..masalah sosial di Malaysia tetap terjadi walaupun mak ayah dah didik anak-anak mereka sebaik mungkin. Itu sebabnya masalah sosial di Malaysia melibatkan banyak faktor. Walaubagaimanapun, penyelesaian yang terbaik dalam membendung masalah sosial di Malaysia yang semakin kronik adalah bermula daripada institusi keluarga itu sendiri. Tetapi ada anak-anak yang tidak nampak kesungguhan dan keperihatinan ibubapa mereka yang sentiasa berdoa dan bersusah hati di rumah (kampung) semasa anak-anak pergi belajar/kerja di Kuala Lumpur. Ada juga yang depan ibubapa, pijak semut pun tak mati, belakang ibu bapa?
Erm………………..Kalau dahulu, zaman dahulu siaran TV start bermula tengahari, sekarang pula 24 jam tanpa henti. Masukkan pula rancangan yang merepek seperti………..
Erm………………..Kalau dahulu, zaman dahulu siaran TV start bermula tengahari, sekarang pula 24 jam tanpa henti. Masukkan pula rancangan yang merepek seperti………..
Kalau dahulu telefon bukan suatu kemestian, sekarang ini telefon adalah suatu keperluan. Ditambah pula, telefon sekarang canggih, setakat nak rakam saat-saat manis hubungan terlarang mereka, sekali picit sahaja. Tak susah pun. Kemudian kantoi pulak…..keluar diberita terlanjur. Terlanjur ker? Ker melanjurkan diri (apa punya bahasa ini)? Ada rezeki lebih, perut mula membusung, kepala dah mula pening dan pada masa itu timbulnya penyesalan yang amat-amat sangat. Kasihan anak luar nikah yang tidak berdosa ini. Dapat pula budak-budak lepas balik sekolah ada duit lebih sikit, tak beli rokok, beli pulak majalah mangga.
HANCUR……….
Walauapapun, mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab tetapi dalam sudut hari mereka pasti ada kerisauan, lebih-lebih lagi melihat masalah sosial di Malaysia hari ini. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang gagal dan bermasalah. Betul tak?
Sedar tidak sedar panjang juga artikel kali. Banyak lagi yang ingin saya “bebelkan” di sini, tapi tidak mengapa. Saya akan sambung di bahagian kedua nanti. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih dan sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu.
0 comments:
Post a Comment