Ads 468x60px

Pages

Program Bio Johor tingkat bioteknologi



Johor Bahru: Program Bio Johor yang akan berlangsung dari 6-8 Julai depan bakal menjadi platform kepada pelbagai golongan untuk berkongsi idea dan pendapat dalam meningkatkan lagi industri bioteknologi dan biodiversity negara.

Menteri Besar, Datuk Adul Ghani Othman berkata penyelidik, pemaju korporat, usahawan dan pelajar boleh menggunakan persidangan dan pameran sempena program berkenaan untuk berkongsi penemuan mereka bagi memajukan lagi dua bidang berkenaan.

“Perdana Menteri mengatakan ia adalah satu bidang yang akan dimajukan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dan seterusnya, kerana itu kita wujudkan platform ini untuk menyemarakkan suasana pembangunannya,” kata Abdul Ghani ketika sidang media program berkenaan di sini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abd Latiff Yusof wakil Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Ahmad Darus serta Timbalan Dekan Pembangunan SEkolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM (Space), Prof Madya Ir Fatimah Mohd Noor.

Persidangan antarabangsa kedua yang akan diadakan di Hotel The Zon Regency itu mendapat kerjasama UTM Space, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) serta Organisasi Antarabangsa mengenai Bioteknologi dan Kejuruteraan Bio (IOBB) berpangkalan di Australia.

Sementara itu, Prof Ahmad berkata, program berkenaan akan member ruang khusus buat penyelidik bagi memainkan peranan lebih penting selepas ini. Bio Johor kali pertama diadakan pada 2007 yang mendapat sambutan baik dan kali ini 30 penceramah professional termasuk dari Mesir, China, Australia, Korea dan India selain dari negara ini akan turut menyamapikan ceramah pada seminar selama tiga hari itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...