Ads 468x60px

Pages

Pendidikan Seks di Malaysia



Rasanya apabila bercakap mengenai pendidikan seks di Malaysia janganlah hanya bercerita tentang perihal bersenggama semata. Pendidikan seks bukan semata-mata nak ajar macamana nak lakukan hubungan seks tetapi yang ingin dtetapkan ialah rasa tanggungjawab terhadap individu itu sendiri, begitu juga risiko dan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku jika mereka cuai atau tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya usul dan cadangan untuk menerapkan dan mendidik masyarakat hari ini dengan pendidikan seks telah dimulakan daripada dulu, tetapi perancangannya hanya separuh jalan sahaja.
Cadangan Pendidikan Seks Di Kem PLKN Akan Dibincangkan Bulan Ini.
KUCHING, 2 Jan (Bernama) — Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan membincangkan cadangan memperkenalkan modul pendidikan seks dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam mesyuarat majlis itu pada bulan ini. Pengerusi MLKN Datuk Dr Tiki Lafe berkata mesyuarat majlis itu akan membincangkan pandangan dan maklum balas yang dikumpul dari pelbagai pihak oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara.
“Kami mahu mengajar pelatih lebih dari hanya penyakit HIV dan AIDS seperti yang dilakukan sekarang. Kami mahu memperkenalkan sebuah program yang lebih tersusun bagi mencapai objektif kami,” katanya.
Dr Tiki mencadangkan supaya istilah pendidikan seks diubah kepada pendidikan gender agar ia lebih diplomatik, menyenangkan serta tidak mengelirukan rakyat.
Terus-terang dikatakan terutama golongan muda hari ini, even budak-budak sekolah begitu mahir untuk melakukan seks dengan pasangan masing-masing. Itu realiti hari ini. Tetapi kesedaran dikalangan masayarakat muda hari ini boleh dikatakan hampir tiada. Cuma golongan yang sujud pada nafsu, malas berfikir, malas mencari ilmu pengetahuan sahaja yang akan ketinggalan, seterusnya buat aktiviti tak bermoral, sehingga menyusahkan keluarga & masyarakat.
pseks2 [JOM] Pendidikan Seks di Malaysia
Kalau memberikan kebaikan, mengapa perlu ditolak bukan? Bagi saya sendiri sebagai salah seorang yang menyokong cadangan ini, mengharapkan supaya pendidikan seks di Malaysia dapat diterapkan di peringkat yang lebih awal. Sebab apa saya katakan begiu. Tengoklah senario hari ini bukan satu yang mustahil dan pelik jika tersebar kes seperti budak-budak sekolah ditangkap kerana melakukan seks dengan pasangannya ataupun remaja sekolah telah melahirkan anak luar nikah.
Ini kerana golongan muda hari ini hanya memikirkan keseronokan semata dan akhirnya menyesal di kemudian hari. Perasaan ingin mencuba dan setia pada pasangan masing-masing antara punca yang boleh dikatakan penyumbang kuat berlakunya keruntuhan moral golongan muda hari ini dan erti kata lain, kurangnya ilmu pendidikan seks dikalangan mereka. Pendidikan seks yang sebenarnya kena dari awal, supaya awal-awal lagi anak-anak kita faham, contohnya, bahagian mana yang tak boleh bagi orang lain pegang dan sentuh.
Sebenarnya pendidikan seks ini, di negara Holland mereka sudah pun membuat kajian, pendidikan seks tidak menyumbang kepada peningkatan aktiviti seksual. Malah purata umur individu yang mula melakukan seks meningkat lagi tua dan lambat nak start buat seks.
Walaubagaimanapun modul dan bahan mengajar yang bakal digunapakai nanti mampu memberikan kesan dikalangan golongan muda hari ini. Walaubagaimanapun dalam situasi ini, paling pentingnya adalah TANGGUNGJAWAB dalam diri sendiri dahulu. Kalau semua orang paham apa itu TANGGUNGJAWAB, tak lepas tangan, tiada masalah yang akan timbul yang dihasilkan oleh orang berakal singkat hari ini…Lihat dahulu zaman datuk, nenek kita. Adakah mereka terdedah dengan pendidikan seks. Bagaimana pula masalah sosial pada masa itu?
Walauapapun perubahan yang ingin dilakukan, kalau kena caranya…..:-
  • Semua orang boleh dapat A++++ dalam Sains… tapi apa gunanya jika ilmu tu digunakan untuk menghasilkan bom yang disalahgunakan hingga memusnahkan dunia…
  • Semua orang boleh dapat A++++ dalam Agama… tapi apa gunanya kalau ilmu tu diputar belit untuk kepentingan sendiri….
  • Semua orang boleh dapat A++++ in business studies… tapi apa gunanya kalau ilmu tu disalah guna dengan menipu orang….
Sebenarnya kalau ada tanggungjawab dalam diri, boleh membezakan baik buruk dan mungkin tidak mungkin masalah sosial sekarang akan berada di tahap sekarang. Cukup SERIUS. Apa-apa pun segala segala pertimbangan dan kajian perlu dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab sebelum melaksanakan dasar pendidikan seks di Malaysia. Agar sekiranya ianya memang nak dilaksanakan, maka pelaksanaannya nanti diharapkan dapat memberikan hasil yang positif.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...