Sejak era 80an lagi golongan yang dikenali sebagai ‘mat motor’ ini mula dikenali ramai melalui beberapa filem tempatan seperti Ali Setan, Gila-Gila Remaja, Litar Kasih, KL Menjerit, Remp-it dan yang terbaru, Bohsia yang banyak mengenengahkan tentang golongan samseng jalanan bermotosikal aka mat rempit. Hakikatnya, golongan muda ini mudah terpengaruh dengan aksi-aksi yang dipertonton dan menjadi ikutan mengenai cara hidup golongan ini.
- Jangan hon, atau jangan nak buat amal pergi menegur mereka. Kalau tidak cermin kereta anda pecah atau anda akan dicederakan.
- Jarakkan sahaja kenderaan anda dari mat rempit jalanan ini. Tidak berbaloi jika mengambil inisiatif menasihati mereka. Sedangkan mereka tidak kisah pun. Lebih-lebih lagi mereka berada dalam kelompok yang besar. Lagi naik tocang mereka.

Seingat kami dahulu, golongan mat rempit pernah menyuarakan satu cara untuk mereka tak berlumba di jalan raya dengan mengadakan litar lumba yang bebas untuk mereka, tetapi tak pernah dipandang sebelah mata pun oleh kerajaan.
Kebanyakan mat rempit ini, golongan yang yang berpendapatan rendah kebanyakannya. Agak tidak sesuai untuk mereka pergi ke litar F1 Sepang dengan membayar RM100, rm200 semata-mata untuk menunjukkan kehebatan mereka. Manala…..mereka ada duit. Jadi di sini, buat satu litar lumba yang percuma untuk mereka sprint test.
Kalau tengok di US, kerajaan mereka memang mementingkan sukan untuk semua. Takkan pihak polis hari-hari nak tangkap mat rempit sahaja?- Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan dan didikan tetapi malangnya sesetengah ibu bapa seakan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak.
- Sesetengah ahli keluarga tidak tahu menahu tentang aktiviti harian anak-anak mereka kerana memberikan sepenuh kebebasan kepada anak-anak mereka
- Anak-anak remaja ini akan mula mencari rakan-rakan sebaya untuk berkongsi masalah selain melakukan aktiviti bersama-sama bagi mencari keseronokan
- Mat rempit ini juga nak tonjolkan diri mereka kepada masyarakat atau escapism terhadap masalah keluarga mereka contohnya kemiskinan
- Kalau kota KL contohnya, dimana manusia mempunyai gaya hidup yang tinggi, kemewahan dari segi pakaian, brand kereta dan lain-lain… mat rempit ini yang rata-rata mungkin asalnya dari kampung dan bekerja di KL dengan bergaji rendah atau dari keluarga miskin di KL merasakan diri mereka terpinggir
- Hidup di bandar pun semakin mahal, mereka memberontak dan ingin menonjolkan diri mereka semata-mata ingin memberitahu warga kota tentang kewujudan mereka dengan cara menunjukkan aksi luar biasa semasa menunggang motorsikal dengan cara berbahaya
- Mat Rempit adalah golongan remaja yang tercicir dari segala aspek, mereka hanya minat terhadap dunia pemotoran sahaja, tetapi jalan yang dipilih mereka adalah salah
- Golongan ini sebenarnya tiada hala tuju yang sebenar, maka berbondong-bondonglah mat-mat rempit ini ke town untuk melepak, tunjuk aksi dan kemahiran serta niat untuk berlumba.
- Mat rempit ini sanggup mengadaikan nyawa demi mendapatkan penghormatan dan ganjaran seperti wang dan perempuan
- Penambahan jumlah mat motor ada memberikan sumbangan kepada pertumbuhan kepada bilangan mat rempit ditambah dengan jaringan pengangkutan yang masih lagi ditakuk lama
- Apabila semakin ramai memberi perhatian dan publisiti, mereka semakin seronok.
- Realitinya, apabila mereka ramai mereka berani, cuba kalau berseorangan…
- Dari zaman 70 an lagi wujud golongan mat motor/mat vespa, dari zaman 70an lagi wujud golongan mat motor/ mat vespa
- 80anpula terkenal dengan zaman Azura/ Gila-gila remaja
- Tahun 90an dilabel golongan muda dengan gelaran Mat lepak
- Pertengahan 90an (95-98) istilah Bohjan-Bohsia pula digembar-gemburkan dalam surat khabar
- 2000-2003 – Mat metal JIT- MASTIKA jadi pelopor cerita-cerita sebegini
- 2004-2009- Mat rempit/ Minah Rempit – METRO pula menjadi medium pengantaraannya
Mat rempit semakin mendapat pengiktirafan pengarah-pengarah Malaysia sebenarnya. Sejak filem-filem yang memaparkan “kebaikan” mat rempit ni makin banyak la remaja yang berminat untuk menjadi mat rempit. Filem-filem seperti Remp It, Impak Maksima menjadi idola mereka. Filem ni sebenarnya telah menjadi iklan dan medium pemasaran supaya lebih ramai remaja menjadi rempit. Betul kata pengarah-pengarah ini, filem mereka mempunyai mesej. Kami setuju….apa dia mesejnya…..
Mesej untuk menjadi rempit, Mesejnya…jadi mat rempit dapat bohsia percuma
0 comments:
Post a Comment