Ads 468x60px

Pages

Remaja Melayu Semakin Kurang Ajar!


beggar2 (Video) Remaja Melayu Semakin Kurang Ajar!!! 
Perangai anak-anak bangsa Melayu kita memang semakin meruncing.Makin lama makin kurang ajar.Mengapakah mereka ini begitu kejam? Sanggup mereka menampar pengemis yang tidak mengganggu mereka? Tidakkah mereka merasa kasihan terhadap orang tua? Lihat video di bawah.


Anda nilaikan sendiri anak-anak kita sekarang.Apalah salah pengemis tersebut sehingga ditampar di kepala sebegitu? Ternyata pengemis itu tidak bersalah.Sudahlah ditampar, dijadikan bahan ketawa pula oleh budak-budak tersebut.
Inilah yang dikatakan kegagalan dalam mendidik anak.Apabila dibiarkan bergaulan bebas dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya, perkara-perkara seperti ini sering berlaku. Alangkah malunya kita sekiranya kemajuan tidak seiring dengan sahsiah diri.Bayangkanlah perkara yang dilakukan budak tersebut berlaku kepada ayah kita?
Kami Beritasemasa sama sekali mengutuk perbuatan biadap remaja ini.Walaupun ianya video lama, namun perbuatan mereka ini sangat melampau dan kurang ajar.Tiada toleransi bagi seorang manusia yang melakukan perbuatan sebegitu.Apa pendapat anda?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...