Jenayah di Malaysia semakin Menjadi-jadi
Kes-kes jenayah yang dilaporkan setiap hari semakin serius dan membimbangkan. Bukan sahaja jenayah Malaysia sudah sampai ke tahap sukar dibendung, tetapi sudah masuk ke era permodenan jenayah.
Kita sudah lali dengan jenayah yang dilakukan oleh Mat Rempit, peragut, perompak, pencuri dan penipuan.
Malah, kita juga sudah mula tebal telinga dengan jenayah seks yang semakin berleluasa di seluruh dunia. Rogol? Sumbang mahram? Cabul? Semua itu seolah-olah berita wajib dalam setiap terbitan akhbar.
Jenayah kecil-kecilan seperti curi motosikal, rompak rumah kecil-kecilan dan penipuan perniagaan itu sudah sebati dengan masyarakat Malaysia. Lebih membimbangkan, kebanyakan jenayah kelas rendah ini dijuarai oleh remaja-remaja yang merupakan generasi pelapis Malaysia.
Sistem masyarakat yang semakin rosak juga menyumbang kepada peningkatan jenayah di Malaysia. Kelahiran anak luar nikah hasil zina yang semakin berleluasa merupakan indikasi terhadap kejatuhan nilai kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai sopan dan pemalu. Lebih menyedihkan, ada di antara bayi-bayi yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah ini dibuang begitu sahaja, lebih hina daripada binatang yang tidak berakal.
Lebih menakutkan, jenayah di Malaysia sudah sampai ke kelas dunia. Bermula dengan pengeboman seorang wanita Mongolia selepas di bunuh beberapa tahun yang lalu, negara dikejutkan pula dengan seksaan ala-ala filem ‘The Saw’ oleh sekumpulan Along terhadap peminjam wang yang gagal melunaskan hutang.
Mangsa seramai tiga orang itu telah dikurung sejak 2 bulan yang lalu kerana gagal melunaskan hutang yang hanya sebanyak Rm 1500-Rm4000.
Mangsa yang dirantai bagai bintang, hanya dibekalkan roti sebuku dan minum air paip sepanjang dalam ‘tahanan’ selain diseksa bagai haiwan yang hina.
Inilah realiti jenayah di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment