Ads 468x60px

Pages

Kumpul 70,000 peminat



KESETIAAN Dj Lin atau Roslinda Abdul Majid bersama Suria FM sejak 10 tahun kini berbaloi. Cabaran serta perit getir yang dilalui bersama rakan penyampai lain membuahkan hasil apabila ‘rating’ pendengar Suria FM semakin meningkat saban tahun. Bahkan namanya sendiri mengharum apabila program kelolaannya, Suria Cinta mendapat sambutan hebat dan menjadi teman malam buat pendengar.

Populariti program romantis ini terbukti apabila Lin berjaya mengumpulkan lebih 70,000 peminat menerusi laman sosial facebook (fb) termasuk dari luar negara. Paling cemerlang dia berjaya mengungguli gelaran Penyampai Radio Wanita Terbaik dan Rancangan Interaktif Radio Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2011 (ASA 2011). Ini ialah anugerah pertamanya sepanjang bergelar penyampai radio.

Justeru, sebagai menghargai peminat yang menyertai Kelab Peminat Fan DJ Lin Cintamania dan bersempena ulang tahun kelahirannya ke-36, Lin dengan kerjasama kelab peminatnya ini menganjurkan majlis istimewa di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur pada malam 30 Disember lalu. Selain peminat, majlis ini turut dihadiri rakan artis seperti Afee U Topia, Ally Axl’s, Eddie Hamid dan Dwan Olan.

“Sengaja saya pilih tarikh ini kerana saya dilahirkan pada 31 Disember. Jadi detik 12 malam menjadi kemuncak acara yang bermula pada jam 8 malam ini. Jumlah yang hadir kira-kira 100 orang.


“Matlamat majlis ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan saya dengan peminat. Jadi pelbagai acara menarik diadakan antaranya makan paling pantas, teka lagu cinta, pertandingan karaoke lagu cinta dan banyak lagi. Tak ketinggalan diadakan ialah acara cabutan nombor bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti barangan elektrik, hamper, baucar dan banyak lagi.
“Sekali lagi saya bersyukur kerana mendapat perhatian daripada pihak penaja lain seperti Adabi, Jamu Mak Dara, Hot Perfume dan Myminimuffin,” katanya ceria.

Sedikit kejutan dilakukan apabila Lin membuat persembahan istimewa menyanyikan single pertamanya yang mendapat sentuhan komposer popular Eddie Hamid. Single berkonsep balada berjudul Ranting Kenangan yang mendapat sentuhan lirik daripada Mamat ini mengisahkan mengenai perjalanan hidupnya sendiri.



“Saya bukan berniat untuk bersaing dengan penyanyi yang sedia ada atau ingin beralih kerjaya, tapi apa yang dilakukan hanya sekadar memenuhi permintaan peminat. Mereka mendesak saya menghasilkan single selepas mendengar nyanyian saya pada sambutan ulang tahun kelahiran sebelum ini. Apatah lagi saya sendiri suka berkaraoke pada waktu lapang,” katanya yang mengeluarkan kos sendiri untuk merakam lagu ini.

“Tiada apa lagi yang mampu saya katakan selain syukur teramat sangat dengan apa yang diraih. Terima kasih kepada rakan media serta semua pihak yang menyokong karier saya. Saya sangat berharap 2012 menjanjikan lebih keceriaan,” kata ibu kepada Nureen Areesya, 10, dan Nazreen Asyran, 8.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...