Ads 468x60px

Pages

GEJALA SOSIAL REMAJA


4864939788 bf5999d4a0 Kahwin Awal. Setuju?
Hari itu Melaka bagi cadangan buat sekolah untuk pelajar yang mengandung dan hamil. Sekarang ini pula Puteri Umno nak cadangan ini dipanjangkan untuk digunapakai diperingkat Nasional. Gelojoh betul. Dah fikir masak-masak ker sebelum bagi cadangan? Kemudian datang pula cadangan selepas itu yang mahu memberikan peluang kepada remaja bawah umur untuk kahwin awal. Ini salah satu petunjuk yang mana gejala sosial anak-anak muda Malaysia dah tak terbendong lagi……
Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Beliau berkata, remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadiberguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti.

“Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti inidan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkaninstitusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran. BERNAMA
Betul ker boleh selesai masalah? Memang betul dengan pelaksanaan langkah ini akan dapat mengurangkan bilangan anak luar nikah dan juga daripada segi aspek kemanusiaan. Tetapi persoalannya, apa matlamat kita sebenarnya sekarang? Penyelesaian jangka masa pendek atau panjang? Adakah selepas ini, apabila terjadinya lambakan kes bunuh, kes merempit, kes mat gian akan tertubuhnya pula :
  1. Sekolah membunuh
  2. Sekolah merempit
  3. Sekolah mat gian
    Supaya mereka diberi peluang kedua? Macam itu ka yang kita mahukan sebenarnya? Kenapa suka sangat ambil jalan singkat. Tak selesai masalah setakat nak buat sekolah hamil ka, sekolah mengandung ka. Mengapa tidak diperbetulkan daripada peringkat awal lagi? Dalam pada masa yang sama juga mempertingkat dan memperkemaskan lagi pengisian dalam pusat-pusat pemulihan akhlak yang sedia ada baik daripada aspek akademik mahupun agama.
    “Kita selalu mengambil tindakan drastik selepas masalah bertambah teruk, tetapi kurang mengambil perhatian dalam usaha membendung diperingkat awal lagi”. AKAR MASALAH tidak diubati.
    Misalnya, dalam kes terlanjur ini, saya rasa adalah lebih relevan kita merangka strategi untuk mengelakkan anak-anak melakukan seks tanpa perlindungan. Ia jauh lebih baik dan mudah daripada menjaga mereka yang sudah sah membawa budak. Bila kita membuat langkah seperti sekolah ini, maka tidak hairan jika ada yang berpandangan ia menggalakkan mengandung luar nikah. Sebab kalau dah memboyot,  nak takut apa lagi? Ada tempat untuk mengadu nasib. Jangan takut lagi melahirkan anak luar nikah selepas ini. Begitu yang kita mahukan?

    Tetapi cadangan untuk peringkat negeri Melaka telah pun diluluskan 3 minggu yang lalu dan dah nak tertubuhnya pun sekolah khas untuk pelajar mengandung di Jasin, Melaka tidak lama lagi. Hai…..menunjukkan betapa nazaknya akhlak remaja hari ni. Dah tertubuhnya sekolah hamil, datang pula cadangan nak bagi peluang remaja bawah umur untuk kahwin awal.
    AYER KEROH -  Kerajaan Negeri akan membantu pelajar yang ‘miang’ mahu berkahwin bagi membendung maksiat dan zina berleluasa di negeri yang terkenal dengan aktiviti pelancongan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, berkahwin muda bukanlah sesuatu yang pelik dan mengarut tetapi jalan penyelesaian masalah sosial yang ditimbulkan pelajar serta remaja.

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...