Dalam simposium Dilema Melayu anjuran Aspirasi di PWTC baru-baru ini, TS Isa Samad telah berkata bahawa gabungan antara UMNO dan PAS adalah satu cita-cita yang sukar untuk direalisasikan. Walau bagaimanapun, masing-masing boleh memainkan peranan dalam isu yg melibatkan Melayu dan Islam.
GT bersetuju dengan pendapat beliau ini. Kedua-dua parti politik ini sebenarnya mempunyai sejarah "rivalry" yang panjang. Berkisar dari keluarnya PAS dari UMNO.
GT menganggap gabungan antara UMNO dan PAS adalah hampir mustahil berikutan masing-masing mempunyai pemimpin yang pastinya bernafsu besar; untuk menjadi ketua dalam mentadbir negara ini. Walau bagaimanapun, gabungan bukanlah satu-satunya pilihan yang ada.
Kerjasama atau perpaduan sebenarnya lebih praktikal di mana bergabung tidak diperlukan, namun portfolio atau bidang kuasa/tugas masing-masing dibuat dengan jelas, nyata dan terang. GT tidak pernah putus asa untuk melihat kerajaan perpaduan di antara UMNO - PAS, yg menjadi tunjang perjuangan Melayu Islam dan juga bumiputera di negara ini.
Anda bayangkanlah kekuatan ummah pada ketika itu, yang pasti akan membuat kafir dzimmi atau harbi tidak mampu untuk bertindak sewenang-wenangnya. Malah, tidak mustahil mereka juga akan menyokong, disebabkan mereka sedar kekuatan kita, dan menentang kita bukanlah satu pilihan yang bijak.
Semoga Allah memberi petunjuk agar perpaduan ini dapat dibina.
0 comments:
Post a Comment