Galaxy Nexus mobile phone tercanggih
Akhirnya penantian sudah berakhir juga apabila peminat Galaxy Nexus boleh mendapatkan telefon ‘Pure Google’ terbaru berkenaan di rangkaian telekomunikasi DiGi dengan pakej ‘Smart Plan 68′ yang ditawarkan dengan harga RM1399*. Namun dikatakan para pelanggan yang berminat hanya boleh mendapatkan telefon ini secara dalam talian dan ianya akan dihantar ke rumah anda secara percuma bermula 13 Januari. Ini dikatakan bagi memudahkan urusan pengurusan stok apabila bekalan telefon ini sampai di Malaysia.
Bagi pakej di atas, pengguna mendapat telefon berkenaan dengan harga RM1399 dan terikat dengan kontrak bersama DiGi selama 2 tahun, bagi mereka yang tidak mahukan pakej tersebut, anda boleh memilih pakej-pakej lain iaitu :-
DG Smart Plan 48 (12 Bulan) – RM1,749
DG Smart Plan 48 (24 Bulan) – RM1,549
DG Smart Plan 68 (12 Bulan) – RM1,649
Namun perlu di ingatkan, anda perlu membuat pembayaran pakej harga telefon yang anda pilih bersama deposit bulan pertama dan juga bayaran pendahuluan sekitar RM50 sehingga RM500 bergantung kepada pakej. Namun bagi pengguna yang memilih pakej DG Smart Plan 68 (24 Bulan) RM1399, anda turut menerima rebat RM15 setiap bulan. Jika anda mendaftar ‘DiGi autobilling’ anda juga boleh menjimatkan RM5. Untuk menempah secara dalam talian sila ke DiGi Store Online
Jika anda ingin membaca ulasan/impresi pertama tentang telefon ini dari MalayAndroid, sila baca artikel yang kami sediakan sebelum ini di bawah
0 comments:
Post a Comment