PENGELUAR komputer Apple sudah mula menghasilkan tablet komputer iPad versi baru yang turut ditampilkan dengan kamera depan dan prosesor yang lebih laju.
Menurut sumber rapat yang mendedahkan perkara itu kepada Wall Street Journal, berkata iPad baru itu lebih nipis dan ringan berbanding model pertamanya, selain mempunyai prosesor grafik yang lebih berkuasa.
Awal bulan ini, seorang saksi melihat model iPad versi baru itu dengan kamera bahagian depan di bahagian atas layar kaca pada sidang akhbar pengenalan akhbar harian online News Corp di New York. – Reuters
0 comments:
Post a Comment